Sort by
Sort by

HALAL ASSURANCE ON NESTLÉ MALAYSIA’S PRODUCTS

Back to Press releases
Kuala Lumpur

Following recent reports in the media on Halal issue of certain chocolate products, Nestlé Malaysia would like to assure consumers and the public that those chocolate products are not products of Nestlé Malaysia or in any way related to Nestlé Malaysia.

Nestlé Malaysia complies diligently with all Islamic and legal requirements as prescribed by JAKIM for the halal certification of its products. The Company assures its Muslim consumers that all products manufactured, imported and distributed by Nestlé Malaysia have been certified halal. Nestlé Malaysia has consistently adopted a stringent internal control within our Halal Assurance system.

All Confectionery products sold and marketed in Malaysia by Nestlé Malaysia are produced in Malaysia and have received Halal certification from JAKIM (Department of Islamic Development Malaysia). Some of Nestlé Malaysia’s Confectionery products range is as follows:

  • Nestlé KIT KAT
  • Nestlé CRUNCH WAFER & CRUNCH BAR
  • Nestlé MILO NUGGETS& CHOCO BAR

Nestlé Malaysia is committed to the safety and security of the production and marketing of halal products. Nestlé Malaysia established internal Halal Committee to facilitate implementation of Halal standards and procedures in all areas pertaining to Halal compliance. All Nestlé foods and beverages products produced and marketed by the Company in Malaysia are halal. All of our product packaging is also clearly labelled with a Halal symbol.

Assuring the quality and safety of its products, and responsible labeling, has always been a top priority for Nestlé in all markets throughout the world.

For more information on our Halal Products click here:
http://www.nestle.com.my/brands

To view our Halal Commitment:
http://www.nestle.com.my/aboutus/nestle_in_malaysia/halal_policy

____________________________________________________________________________

Issued by Group Corporate Affairs Department
Nestlé [Malaysia] Berhad [110925-W]
For further information or enquiries, please contact
Nestlé Consumer Services
1 800 88 3433
Monday to Friday, 08:00 am to 05:00 pm
OR
Zamira Yasmin Abdul Rahman at +603-7965 6212
/ [email protected]

____________________________________________________________________________

PRODUK NESTLÉ MALAYSIA DIJAMIN HALAL

Berikutan laporan media baru-baru ini mengenai isu Halal bagi produk coklat tertentu, Nestlé Malaysia ingin memberi jaminan kepada para pengguna dan orang ramai bahawa produk coklat tersebut bukanlah produk Nestlé Malaysia atau berkaitan dengannya.

Nestlé Malaysia mematuhi segala keperluan Islam dan undang-undang yang ditetapkan oleh JAKIM untuk pensijilan halal produknya. Syarikat sentiasa mematuhi kawalan dalaman yang ketat dalam sistem Jaminan Halal kami dan menjamin para pengguna beragama Islam bahawa semua produk yang dikilang, diimport dan diedarkan oleh Nestlé Malaysia telah disahkan halal.

Semua produk Konfeksi yang dijual dan dipasarkan oleh Nestlé Malaysia di Malaysia adalah dihasilkan di Malaysia, dan telahpun menerima pensijilan Halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Antara pelbagai produk Konfeksi Nestlé Malaysia adalah seperti berikut:

  • Nestlé KIT KAT
  • Nestlé CRUNCH WAFER & CRUNCH BAR
  • Nestlé MILO NUGGETS& CHOCO BAR

Nestlé Malaysia komited untuk keselamatan dan jaminan pengeluaran serta pemasaran produk halal. Nestlé Malaysia telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Halal dalaman bagi memudahkan pelaksanaan piawaian dan prosedur Halal dalam semua bidang berkaitan dengan pematuhan Halal. Semua produk makanan dan minuman Nestlé yang dihasilkan dan dipasarkan oleh Syarikat di Malaysia adalah halal, dan semua pembungkusan produk kami juga dilabel jelas dengan simbol Halal.

Memastikan kualiti dan keselamatan produk, serta bertanggungjawab ke atas pelabelan adalah sentiasa menjadi keutamaan bagi semua pasaran Nestlé di seluruh dunia.

Klik di sini untuk maklumat lanjut bagi produk Halal kami:
http://www.nestle.com.my/brands

Klik di sini untuk  melihat Komitment Halal kami: http://www.nestle.com.my/aboutus/nestle_in_malaysia/halal_policy

____________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh Jabatan Kumpulan Hal Ehwal Korporat
Nestlé [Malaysia] Berhad [110925-W]  
Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut, sila hubungi
Talian Percuma Khidmat Pelanggan Nestlé di
1 800 88 3433
Isnin hingga Jumaat, 08:00 pagi hingga 05:00 petang
ATAU
Zamira Yasmin Abdul Rahman di talian +603-7965 6212
/ [email protected]