Sort by
Sort by

Clarification: False Message on “Baby Food” Recall

Back to Press releases

Nestlé Malaysia has been made aware of news being forwarded on social media, especially on WhatsApp, that Nestlé is requesting consumers to return a ‘banana baby food’ product because it contains glass.

This is a false message that has been circulating on social media since 2011. There has been no recall made by Nestlé Malaysia on our infant food or on any of our other products.

We assure consumers that all Nestlé products are safe to consume, and that the safety and wellbeing of our consumers are top priorities for us.

Nestlé adheres to the strictest quality control and safety measures at all stages of our supply chain because product quality and safety are non-negotiable priorities for us.

We urge everyone to share information responsibly and wish to thank consumers who have contacted us to seek clarification on this matter.

For further enquiries, please contact our Nestlé Consumer Services Free Phone at 1-800-88-3433 (Office Hours).


Penjelasan: Mesej Palsu Mengenai Penarikan Balik “Makanan Bayi”


Nestlé Malaysia sedia maklum bahawa terdapat berita yang disebarkan di laman media sosial, terutama di WhatsApp, di mana Nestlé meminta para pengguna untuk memulangkan semula produk ‘makanan bayi berasaskan pisang’ kerana ia mengandungi kaca.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan mesej palsu yang telah mula disebarkan di media sosial sejak tahun 2011. Tiada sebarang penarikan balik yang dibuat oleh pihak Nestlé Malaysia bagi makanan bayi atau mana-mana produk kami yang lain.

Kami ingin memberi jaminan kepada para pengguna bahawa semua produk Nestlé selamat untuk dimakan. Keselamatan dan kesejahteraan pengguna-pengguna adalah keutamaan kami.

Nestlé mengamalkan pematuhan kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang ketat di setiap peringkat pengeluaran kerana bagi kami, kualiti dan keselamatan produk adalah keutamaan yang tidak boleh dirunding.

Kami menggesa orang ramai untuk berkongsi maklumat secara bertanggungjawab dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna-pengguna yang telah menghubungi kami untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Percuma Perkhidmatan Pengguna Nestlé kami di 1-800-88-3433 (Waktu Pejabat).