Kementerian Kesihatan nafi keluarkan perintah untuk tarik balik mi MAGGI

To Press Releases listKuala Lumpur,Apr 7, 2017

Sumber: The New Straits Times, April 5, 2017

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sekali lagi memberi jaminan bahawa mi Maggi di negara ini adalah selamat untuk dimakan, selepas satu kenyataan bahawa pihak Kementerian telah mengeluarkan arahan kepada Nestlé Malaysia untuk menarik balik produk mi dari pasaran telah timbul semula dan menular di media sosial.

Pengarahnya Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa berita itu tidak benar dan pihak Kementerian tidak mengeluarkan sebarang arahan sedemikian kepada syarikat.

“Ia adalah sesuatu yang berlaku di negara India dan bukan di negara kita,” katanya melalui pesanan WhatsApp.

Dr Noor Hisham telah diminta mengulas mengenai satu kenyataan yang tersebar di media sosial menyatakan bahawa Kementerian telah mengeluarkan arahan untuk menarik balik Mi Maggi dari pasaran Malaysia, dengan alasan produk tersebut tidak selamat untuk dimakan.

Kenyataan itu mendakwa bahawa produk tersebut mengandungi plumbum yang memudaratkan dan juga telah disiarkan oleh sebuah saluran televisyen tempatan.

Siasatan oleh akhbar New Straits Times mendedahkan bahawa pada bulan Jun 2015, India telah menarik balik mi Maggi dari pasarannya, dengan alasan bahawa kandungan plumbum yang tidak selamat dalam makanan snek itu. Langkah itu adalah susulan ujian yang dijalankan oleh oleh pihak berkuasa di bandar raya Delhi yang mendapati 10 daripada 13 sampel tidak selamat untuk dimakan kerana tahap kandungan plumbum melebihi tahap yang dibenarkan.

Sebagai respons kepada berita ini dan kebimbangan yang ditimbulkan berkaitan produk yang serupa di sini, Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa mi Maggi Nestle di negara ini adalah selamat untuk dimakan.

Dalam satu laporan berita, Dr Noor Hisham telah dipetik sebagai berkata bahawa mi segera di Malaysia tidak diimport dari India.

Beliau menambah bahawa Kementerian juga telah mengesahkan dengan syarikat yang mengeluarkan mi dan mendapati produk telah melalui prosedur yang sewajarnya untuk memastikan ia selamat dimakan.

Beliau berkata bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan status keselamatan mi Maggi kerana pemantauan dan pengkuatkuasaan keselamatan makanan oleh Kementerian sentiasa dilakukan untuk memastikan keselamatannya.


Health Ministry denies issuing order to recall MAGGI noodles


Source: The New Straits Times, April 5, 2017

KUALA LUMPUR: The Health Ministry has assured once again that Maggi noodles in the country are safe for consumption, after a statement that it had issued advice to Nestle Malaysia to withdraw its noodles products from the market resurfaced and went viral on social media. Its director Datuk Dr Noor Hisham Abdullah said the news was untrue and that the Ministry did not issue any such order to the company. “It was something that happened in India and not in our country,” he said via WhatsApp message.

Dr Noor Hisham was asked to comment on a statement that was spreading on the social media that the Ministry has issued an order to withdraw Maggi Noodles from the Malaysian market, citing it was not safe for consumption. The statement claimed that the product contained harmful lead and had also been aired on a local television channel. Checks by the New Straits Times revealed that in June, 2015, India had withdrew the Maggi noodles from its shelves, citing unsafe levels of lead in the snack. This followed tests conducted by Delhi city government where they found 10 out of 13 samples to be unsafe with lead exceeding the allowed level. The Health Ministry then, in response to this and concerned raised over similar products here, assured that Nestle-owned Maggi noodles in the country were safe to be consumed.

In a news report, Dr Noor Hisham was quoted as saying that the instant noodles in Malaysia were not imported from India. He added that the Ministry had also verified with the company producing the noodles and found it had gone through the right procedures to ensure it is safe for consumption. He had said the public need not worry on the safety status of the Maggi noodles as the monitoring and enforcement of food safety by the Ministry was always ongoing to ensure its safety.




Related Links: