- Peraduan NESTLÉ DRUMSTICK® EAT MORE TALK MORE™ [“Peraduan”] dianjurkan oleh Nestlé Products Sdn. Bhd. [45229-H] [“Penganjur”] dan terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berusia 14 tahun ke atas pada 31/5/2008 [peserta bawah 18 tahun mesti mendapat keizinan ibu bapa atau penjaga mereka terlebih dahulu sebelum mengambil bahagian].
- Golongan individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
- Kakitangan Pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
- Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] dan ahli keluarga terdekat mereka [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
- Peraduan ini akan berlangsung dari 01/06/2008 hingga 26/07/2008 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur berhak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
- Setiap pembelian mana-mana aiskrim NESTLÉ DRUMSTICK® yang turut serta dengan pelekat Peraduan melayakkan anda untuk menyertai Peraduan ini.
- Bagi Semenanjung Malaysia, bukti pembelian ialah penutup plastik aiskrim NESTLÉ DRUMSTICK® yang turut serta dengan nombor kod 7 [tujuh] angka unik yang dicetak di bahagian bawah penutup. Di Sabah dan Sarawak, bukti pembelian ialah sama ada sisipan [dimasukkan di dalam produk] aiskrim NESTLÉ DRUMSTICK® dengan nombor kod 7 [tujuh] angka yang tercetak padanya ataupun penutup plastik aiskrim NESTLÉ DRUMSTICK® dengan nombor kod 7 [tujuh] angka unik yang dicetak di bahagian bawah penutup [selepas ini, penutup plastik dan/atau sisipan dengan nombor kod, akan dirujuk sebagai “Bukti Pembelian”].
- Setiap kod 7 [tujuh] angka unik daripada Bukti Pembelian hanya sah untuk satu 1 [satu] penyertaan Peraduan dan tidak boleh digunakan semula, dan jika ini berlaku, penyertaan seterusnya akan dibatalkan.
- Peraduan ini boleh disertai dengan menghantar teks menerusi khidmat penghantaran pesanan ringkas [“SMS”] daripada mana-mana talian mudah alih yang berdaftar di dalam negara. Setiap penyertaan yang dihantar menerusi SMS ke 36300 mesti dilengkapkan dengan kata kunci, nombor KP baru dan nombor kod 7 [tujuh] angka pada Bukti Pembelian dengan cara berikut:
Jenis “DST
No KP Baru
kod 7-angka pada Bukit Pembelian” dan hantar ke 36300.
Sebagai contoh: DST 790201108276 5457027
- Caj SMS piawai syarikat telekomunikasi masing-masing dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar. Tiada caj dikenakan bagi setiap SMS yang diterima.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan menerusi SMS yang diingini mereka dalam Tempoh Peraduan tetapi setiap penyertaan SMS mesti dilengkapkan dengan butiran yang dikehendaki dan Bukti Pembelian yang diperlukan untuk melayakkan diri.
- Setiap peserta dikenal pasti melalui nombor KP baru yang dikemukakan menerusi SMS.
- Peserta MESTI menyimpan Bukti Pembelian dengan nombor kod 7 [tujuh] angka unik yang digunakan untuk penentusahan pemenang dan tuntutan hadiah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
- Hadiah-hadiah untuk Peraduan ini akan dibahagikan kepada 2 [dua] kategori
- HADIAH SERTA-MERTA
Terdapat SEPULUH RIBU DAN LAPAN PULUH [10,080] hadiah untuk dimenangi dalam kategori ini. Setiap pemenang akan menerima tambahan nilai prabayar talian mudah alih bernilai Ringgit Malaysia Sepuluh [RM10.00] sahaja daripada syarikat rangkaian telekomunikasi yang sama.
- Setiap penyertaan SMS layak yang diterima dalam Tempoh Peraduan akan disirikan menurut waktu penerimaan dan setiap penyertaan ke-10 dalam senarai bersiri sehingga penyertaan ke-100,800, akan berpeluang memenangi Hadiah Serta-Merta [“Penyertaan Terpilih”].
- Peserta dengan Penyertaan Terpilih akan menerima SATU [1] soalan menerusi SMS. Untuk memenangi Hadiah Serta-Merta, peserta tersebut perlu menjawab soalan dengan betul dalam tempoh dua puluh empat [24] jam selepas penerimaan.
-
Setiap peserta hanya boleh memenangi satu Hadiah Serta- Merta setiap hari.
- HADIAH MINGGUAN
Sebanyak EMPAT PULUH [40] hadiah untuk dimenangi bagi kategori ini sepanjang Tempoh Peraduan. Setiap pemenang akan menerima tambahan nilai prabayar talian mudah alih bernilai Ringgit Malaysia Seribu [RM1,000.00] [meliputi RM100.00 x 10 baucar tambah nilai prabayar taliah mudah alih] daripada syarikat rangkaian telekomunikasi yang sama.
- LIMA [5] peserta utama dengan bilangan penyertaan SMS layak tertinggi yang diterima bagi setiap tempoh mingguan berpeluang untuk memenangi Hadiah Mingguan [“Penyertaan Tertinggi”]. Tempoh Mingguan adalah seperti berikut:
| Minggu 1 : 01/06/2008 – 07/06/2008 |
| Minggu 2 : 08/06/2008 – 14/06/2008 |
| Minggu 3 : 15/06/2008 – 21/06/2008 |
| Minggu 4 : 22/06/2008 – 28/06/2008 |
| Minggu 5 : 29/06/2008 – 5/07/2008 |
| Minggu 6 : 06/07/2008 – 12/07/2008 |
| Minggu 7 : 13/07/2008 – 19/07/2008 |
| Minggu 8 : 20/07/2008 – 26/07/2008 |
| Minggu 9 : 27/07/2008 – 02/08/2008 |
| Minggu 10 : 03/08/2008 – 09/08/2008 |
| Minggu 11 : 10/08/2008 – 16/08/2008 |
| Minggu 12 : 17/08/2008 – 23/08/2008 |
| Minggu 13 : 24/08/2008 – 30/08/2008 |
-
Sekiranya berlaku seri dalam bilangan penyertaan SMS layak di kalangan LIMA peserta [5] utama, faktor pemecah seri ialah tarikh dan waktu penyertaan SMS terakhir yang diterima untuk tempoh mingguan. Penyertaan SMS terakhir dengan tarikh dan waktu lebih awal layak untuk menang.
- Peserta dengan bilangan Penyertaan Tertinggi akan menerima SATU [1] soalan menerusi SMS. Untuk memenangi Hadiah Mingguan, peserta tersebut perlu menjawab soalan dengan betul dalam tempoh dua puluh empat [24] jam selepas penerimaan.
- Setiap peserta boleh memenangi hanya SATU [1] Hadiah Mingguan sepanjang Peraduan.
- Pertukaran Hadiah:
- Hadiah Serta Merta
- Pemenang Hadiah Serta-Merta akan menerima arahan dan kod tambah nilai prabayar talian mudah alih menerusi SMS. Kod tambah nilai sah untuk tempoh SATU [1] tahun dari tarikh pengeluaran.
- Hadiah Mingguan
- Untuk tujuan penentusahan, pemenang Hadiah Mingguan MESTI menghantar SEMUA Bukti Pembelian dengan nombor kod 7 [tujuh] angka yang digunakan dan butiran lain yang diperlukan, yang akan dimaklumkan kepada pemenang, dalam tempoh 5 [lima] hari kerja selepas menerima pemberitahuan, menerusi pos berdaftar atau khidmat kurier ke alamat yang dinyatakan dalam pemberitahuan tersebut, untuk mendapatkan Hadiah Mingguan. Bukti Pembelian yang rosak dan/atau kegagalan untuk memberikan sebarang Bukti Pembelian dan/atau butiran yang dikehendaki akan menyebabkan pembatalan/penarikan balik Hadiah Mingguan. Bukti pos bukan bukti penerimaan oleh Penganjur.
- Selepas penentusahan semua Bukti Pembelian sah daripada pemenang, Hadiah Mingguan akan dihantar kepada pemenang menerusi pos berdaftar ke alamat kediaman yang diberikan oleh pemenang dalam tempoh 4-6 minggu. Baucar tambah nilai sah untuk tempoh SATU [1] tahun daripada tarikh pengeluaran.
-
Semua hadiah tidak boleh ditukarkan dengan wang tunai, barangan atau kredit, sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
- Penganjur berhak secara mutlak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa memberi notis terlebih dahulu.
- Pemenang akan diberitahu menerusi SMS atau dihubungi melalui nombor telefon yang digunakan untuk menghantar SMS. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya (para) pemenang tidak boleh dihubungi atas sebarang sebab, selepas sekurang-kurangnya TIGA [3] percubaan oleh Penganjur atau ejen untuk menghubungi pememang.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dan/atau kegagalan untuk menerima penyertaan SMS disebabkan kegagalan rangkaian syarikat telefon atau ISP dan/atau kegagalan untuk memberikan perkhidmatan SMS yang tepat pada masanya dan/atau cekap. Tiada bukti SMS yang dihantar akan dilayan.
- Pemenang akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang liabiliti, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan [termasuk kematian] kerana mengambil bahagian dalam Peraduan ini, serta semasa mengambil dan/atau menggunakan hadiahnya. Penganjur tidak bertanggungjwab terhadap sebarang liabiliti, kejadian tidak diingini, kerugian, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) dalam apa cara sekalipun.
- Semua kos pengangkutan, SMS, pos/kurier, kos peribadi dan/atau kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan untuk mengutip hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya, dan pemenang mesti mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak yang mengurus dan/atau menyediakan hadiah dan juga terma dan syarat yang disertakan dengan hadiah berkenaan, jika ada.
-
Pihak Penganjur berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau publisiti dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.
-
Keputusan Pengadil adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan. >
- Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Syarat dan Peraturan Peraduan ini, serta keputusan pihak Penganjur.
- Syarat & Peraturan Peraduan ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya wujud ketidakseragaman antara DUA [2] versi tersebut, Syarat & Peraturan versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
|
|