Sort by
Sort by

Pejabat anda, lapangan senaman peribadi anda

English | Bahasa Malaysia
 
Pejabat anda, lapangan senaman peribadi anda

Percubaan mencuri masa untuk bersenam mungkin amat mencabar, terutamanya jika anda seorang yang ‘gila kerja’. Bersenam di pejabat juga mungkin mustahil, tetapi jika hendak seribu daya, pasti ada caranya untuk anda kekal cergas. Apa yang perlu hanyalah sedikit pengurusan dan juga inspirasi agar dapatlah anda selitkan sedikit aktiviti cergas yang mampu buat tubuh anda kekal bertenaga.

Mungkin anda sudah mengetahui beberapa cara bijak untuk kekal aktif di tempat kerja. Contohnya menaiki anak tangga berbanding lif ataupun eskalator apabila boleh, serta meletak kenderaan jauh daripada pintu masuk dan berjalan di sekeliling pejabat merupakan beberapa cara yang bagus untuk bermula. Selain daripada itu, kami ada beberapa cadangan untuk membuatkan anda kekal aktif:

  • Duduk di atas bola senaman dan bukannya kerusi. Ini membantu menguatkan abdomen dan bahagian belakang anda serta membetulkan postur badan tanpa perlu bersusah payah.
  • Tetapkan jam agar ia berdering setiap jam untuk mengingatkan anda berdiri dan bergerak. Walaupun sekadar mendepakan tangan ataupun menarik nafas panjang, anda akan rasa lebih cerdas.
  • Gunakan tandas di tingkat yang lain. Untuk ke tandas, gunakanlah tangga.
  • Gunakan pedometer dan rekodkan berapa langkah yang telah diambil. Sasarkan 10,000 langkah setiap hari.
  • Hantar sendiri dokumen atau pesanan pada rakan sekerja berbanding menerusi e-mel ataupun telefon.
  • Pergi makan tengahari di kompleks membeli belah dan letak kereta di hujung medan selera. Oh, jangan lupa membeli makanan yang sihat ya!
  • Dapatkan headset untuk telefon agar anda bergerak semasa bercakap.

Mungkin organisasi anda masih belum peka yang pekerjanya akan jadi lebih produktif dengan adanya sedikit senaman. Jika boleh, galakkan pengurusan anda untuk:

Sentiasa berfikiran positif juga penting. Jadilah lebih kreatif. Ingat, sebarang pergerakan lebih baik berbanding tiada pergerakan langsung. Dengan menyelitkan senaman ringan pada masa-masa tertentu sepanjang hari akan membantu anda membakar kalori serta mengurangkan stres. Senaman yang berterusan akan memberikan kesan positif ke atas kesihatan fizikal dan mental serta untuk jangka masa panjang, senaman yang kerap pastinya memberikan pulangan yang tidak ternilai.