Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.

Garis Panduan Anti-Rasuah, Hadiah & Hiburan Nestlé Malaysia (Untuk pelanggan & pembekal)

English | Bahasa Malaysia

Nestlé1 komited untuk menjalankan perniagaan dengan integriti.

Sejajar dengan komitmen di atas, Nestlé telah melancarkan Garis Panduan Anti Rasuah, Hadiah & Hiburan ("Garis Panduan"). Sebagai pembekal atau pelanggan Nestlé, anda mestilah mematuhi syarat-syarat Garis Panduan ini dalam setiap aktiviti yang melibatkan Nestlé.

1. Nestlé mengutuk sebarang bentuk sogokan dan rasuah. Pelanggan dan pembekal perkhidmatan hendaklah mengambil langkah-langkah untuk mencegah amalan rasuah dalam berurusan dengan Nestlé.

2. Ia termasuklah pelanggan dan pembekal tidak boleh:-

(a) menawarkan atau memberi, secara langsung atau melalui sebarang perantaraan, sebarang rasuah, hadiah, pulangan, balasan atau sebarang manfaat, samada bernilai atau tidak bernilai (“Manfaat”) kepada mana-mana wakil Nestlé bagi tujuan-

   (i) mempengaruhi mereka untuk bertindak bertentangan dengan kepentingan Nestlé; atau
   (ii) mendapat layanan atau pulangan istimewa daripada Nestlé terhadap terma, syarat, harga atau perlaksanaan kontrak.

(b) menawarkan atau memberikan Manfaat yang boleh dianggap sebagai rasuah di bawah undang-undang antarabangsa kepada pegawai kerajaan, sama ada di Malaysia atau di negara lain.

(c) bersubahat dengan pihak-pihak lain untuk menghalang atau mengkompromi urusan Nestlé. Pelanggan dan pembekal juga wajib melaporkan kepada Nestlé, melalui saluran laporan rasmi seperti yang dinyatakan di bawah, berkenaan sebarang percubaan oleh pihak-pihak lain yang melibatkan pelanggan dan pembekal untuk bersubahat terhadap Nestlé; atau

(d) menghasut pihak ketiga untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas.

3. Pelanggan dan pembekal perlu memastikan bahawa pekerja-pekerja, sub-kontraktor atau ejen mereka mematuhi semua peruntukan di dalam dokumen ini.

4. Pelanggan dan pembekal hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut-

Hadiah2

(a) Hadiah mestilah tidak diminta dan tidak menjejaskan, atau dianggap sebagai menjejaskan pertimbangan perniagaan. Hadiah hanya boleh ditawarkan dan diterima berhubung dengan resam perniagaan atau acara kebudayaan. Wang tunai, pinjaman, ganjaran, atau manfaat yang seumpamanya adalah dilarang sama sekali.

(b) Hadiah hendaklah tidak melebihi RM150 dan dalam apa-apa keadaan, hendaklah tidak berlaku lebih dari 3 kali setahun dengan individu yang sama.

(c) Tidak boleh memberikan hadiah kepada pegawai-pegawai kerajaan bagi pihak Nestlé.

Hospitaliti (makanan dan hiburan)3

(d) Hospitaliti hendaklah tidak diminta dan tidak menjejaskan, atau dianggap sebagai menjejaskan pertimbangan perniagaan. Makanan dan hiburan hanya boleh ditawarkan kepada dan diterima oleh wakil Nestlé yang berurusan dengan pelanggan atau pembekal sekiranya ia berkaitan secara langsung dengan peranannya di Nestlé, bagi tujuan-tujuan yang disokong oleh Nestlé dan hanya boleh ditawarkan bersempena dengan urusan perniagaan yang sah, persidangan-persidangan atau acara yang dianjurkan, disokong atau ditaja oleh Nestlé. Ianya tidak boleh diberikan atas dasar persendirian.

(e) Hospitaliti hendaklah tidak melebihi RM150 (untuk bukan pengurusan), RM250 (untuk pengurus dan eksekutif) dan RM350 (untuk pengurus kanan dan keatas) dan dalam apa-apa keadaan, hendaklah tidak berlaku lebih dari 3 kali setahun dengan individu yang sama. Hospitaliti tidak boleh merangkumi pasangan atau lain-lain jemputan.

Biasiswa, bantuan, sumbangan amal dan penajaan bukan komersil

(f) Nestlé boleh menawarkan perkara di atas untuk menyokong perkembangan ilmu dalam bidang sains, nutrisi, penjagaan kesihatan, atau menyokong tujuan yang memberikan lain-lain manfaat sosial. Ianya hendaklah hanya dalam bentuk produk Nestlé. Sumbangan wang tunai tidak dibenarkan kecuali dalam keadaan-keadan tertentu.

(g) Semua permohonan hendaklah dibuat oleh organisasi-organisasi yang kukuh melalui surat rasmi organisasi kepada Kumpulan Hal Ehwal Korporat, tanpa mengira nilai.

Bayaran Fasilitasi

(h) Tidak boleh membuat atau menggunakan pihak ketiga untuk membuat bayaran tidak rasmi untuk mendapatkan atau mempercepatkan proses rutin pentadbiran seperti pelepasan kastam, visa, permit atau lesen.

(i) Sekiranya anda menerima permintaan untuk bayaran fasilitasi, anda mesti melaporkan permintaan tersebut kepada Nestlé dengan segera.

Sumbangan Politik

Sila ambil perhatian bahawa Nestlé menerimapakai polisi global yang melarang syarikat-syarikat bersekutu Nestlé daripada membuat sumbangan politik kepada parti-parti atau calon-calon politik.


1Nestlé bermakna dan termasuk Nestlé Products Sdn. Bhd., pegangannya, subsidiari dan syarikat-syarikat yang berkaitan, Wyeth Nutrition (Malaysia) Sdn. Bhd., Purina Petcare (Malaysia) Sdn. Bhd., Cereal Partners (Malaysia) Sdn. Bhd. dan National Regional Service Centre (Malaysia) Sdn Bhd.
2Hadiah bermakna sebarang bentuk hadiah yang diterima daripada atau diberi kepada pelanggan dan pembekal.
3Hospitaliti (makanan dan hiburan) bermakna makanan dan hiburan yang diterima daripada dan diberi kepada pelanggan dan pembekal.

Sila laporkan sekiranya anda mengesyaki aktiviti rasuah atau percubaan merasuah dalam berurusan dengan kakitangan Nestlé supaya pihak Nestlé boleh mengambil langkah untuk mengatasinya dengan segera

https://www.speakupfeedback.eu/web/A2VY73
dan masukkan kod : 91738
atau
hubungi: 1 800 88 4307
dan masukkan kod : 91738
atau
email: [email protected]