Sort by
Sort by

Jadikan ruang kerja anda satu ruang senaman – 9 senaman mudah yang boleh dilakukan di meja anda

English | Bahasa Malaysia
 

Mengekalkan kadar metabolisme anda di tempat kerja boleh menjadi sesuatu yang sukar, tetapi ia bukanlah mustahil. Anda cuma perlukan sedikit imaginasi dan kreativiti, seperti yang telah diceritakan dalam artikel sebelum ini.

Bukan semua senaman memerlukan kawasan yang luas. Berikut merupakan sembilan senaman ringkas yang anda boleh lakukan ketika di tempat duduk. Semasa melakukan senaman ini, kekalkan postur yang baik. Pastikan badan anda tegak, jangan bengkok ataupun membongkok.

Juga, cuba untuk elakkan pergerakan yang pantas dan menyentak. Sebaliknya, pastikan pergerakan anda terkawal dan perlahan. Bernafas secara biasa semasa bersenam. Sama seperti senaman yang lain, semuanya mengenai rentak.