Malaysia terkenal dengan kemewahan pelbagai jenis makanan. Antaranya makanan tradisi etnik di Malaysia serta makanan fusion (citarasa moden).
Makanan yang diambil secara sederhana dan digabungkan dengan aktiviti fizikal secukupnya dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Namun, peningkatan taraf hidup telah menjadikan kita sibuk hingga tiada masa diluangkan untuk aktiviti fizikal.
Bagaimana makan secara sihat ketika di luar?
Kita boleh memilih makanan yang berkhasiat ketika di restoran. Pilihlah makanan dalam saiz hidangan yang kecil atau kurangkan pengambilan makanan bergoreng. Pilih juga menu yang mengandungi sayur, buah atau bijian penuh. Apa yang penting ialah mempunyai tabiat makan yang baik serta pilihan makanan dengan bijak.
|
|