Sorry, you need to enable JavaScript to visit this website.
Sort by
Sort by

English | Bahasa Malaysia

Sejak menerajui amalan Halal dalam industri makanan dan minuman Malaysia sejak tahun 1980-an, Nestlé Malaysia kini menghasilkan lebih daripada 500 produk Halal dan merupakan pengeluar Halal terbesar dalam Kumpulan Nestlé di seluruh dunia. Daripada lebih 180 pasaran global, Nestlé Malaysia diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan Halal global bagi Kumpulan Nestlé, hasil daripada pematuhan dan pelaksanaan piawaian Halal yang teliti di seluruh rantaian bekalan kami.

Kami hanya mengeluar, mengimport dan mengedar produk yang telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa Islam lain yang diiktiraf oleh JAKIM.

Selain pematuhan sepenuhnya terhadap keperluan Syariah, produk kami juga memenuhi piawaian tertinggi dari segi kualiti dan kebersihan, yang dihargai oleh pengguna Muslim dan bukan Muslim. Dengan produk buatan tempatan kami yang dieksport ke lebih 50 negara di seluruh dunia, dan setelah beroperasi di Malaysia selama lebih 100 tahun, kami akan mengotakan janji ini dengan penuh komitmen tanpa kompromi.

Jenama kami seperti MILO, MAGGI dan NESCAFÉ telah menjadi nama yang dipercayai di setiap rumah dan dinikmati sejak turun-temurun. Melalui portfolio produk kami yang pelbagai, kami dapat menyumbang kepada kehidupan berjuta-juta orang setiap hari, satu keistimewaan yang kami syukuri dan tanggungjawab yang kami pikul dengan penuh kesungguhan.

Bagaimana Halal Memberi Manfaat kepada Semua

Manfaat Perniagaan:

  • Produk Halal dieksport ke lebih 50 negara
  • Menunjukkan tanggungjawab sosial dan penghormatan terhadap pekerja dan pengguna Muslim
  • Selaras dengan visi Kerajaan Malaysia untuk menjadi hab Halal global

Manfaat Sosial:

  • Memenuhi keperluan pengguna Muslim yang semakin meningkat di seluruh dunia
  • Memberikan ketenangan dan jaminan, terutamanya kepada pengguna Muslim
  • Menawarkan jaminan melebihi Halal dengan piawaian tertinggi dalam kualiti, keselamatan dan kebersihan
Janji Halal Kami
Nestle Malaysia halal leaflet

Soalan Lazim (FAQ)

Ya. Semua produk Nestlé yang dikeluarkan, diimport dan diedarkan di Malaysia adalah disahkan halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) atau pihak berkuasa Islam yang diiktiraf. Amalan halal diterapkan di seluruh rantaian nilai kami, daripada pemerolehan bahan mentah hingga ke pengilangan, pembungkusan, logistik dan pengedaran, bagi memastikan kepercayaan pengguna terhadap integriti halal kami sentiasa terpelihara.

Halalan Toyyiban merujuk kepada apa yang dibenarkan dan baik dalam Islam. Ia merupakan konsep holistik yang merangkumi aspek halal (dibenarkan) dan toyyib (baik/beretika). Ia melangkaui undang-undang pemakanan, dan merangkumi semua aspek kehidupan.

Ya. Nestlé Malaysia memiliki sijil halal yang sah untuk lebih daripada 500 produk, menjadikan kami pengeluar halal terbesar dalam Kumpulan Nestlé di peringkat global. Kami juga merupakan syarikat F&B pertama di Malaysia yang menerima pensijilan halal daripada JAKIM pada tahun 1994, selepas menerajui amalan halal sejak tahun 1970-an. 

Nestlé Malaysia turut diiktiraf di peringkat global sebagai Pusat Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestlé. Kepakaran dan kepimpinan kami dalam amalan halal menjadikan kami rujukan utama bagi pasaran Nestlé di seluruh dunia.

Anda boleh menyemak status halal mana-mana produk Nestlé melalui Portal Halal Rasmi JAKIM.

“Janji Halal Kami” mencerminkan komitmen kami dalam menghasilkan makanan dan minuman yang mematuhi hukum pemakanan Islam. Ini termasuk pemilihan bahan halal, proses pengilangan yang mematuhi syariah, serta mengekalkan piawaian tertinggi dari segi kualiti, keselamatan dan kebersihan. Di samping jaminan halal, produk kami memberikan ketenangan fikiran kepada semua pengguna.

Nestlé Malaysia memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem halal negara. Kami menyumbang kepada penubuhan Pensijilan Halal Malaysia dan Standard Halal Malaysia (MS 1500). Kami juga aktif menyertai forum dan inisiatif halal bagi memperkukuh kepakaran halal Malaysia.