Nestlé Malaysia Menang Anugerah ‘Syarikat Halal Antarabangsa Yang Berjaya’ 2018

Apr 10, 2018
Nestlé Malaysia wins ‘Successful International Halal Company’ Award 2018

Sempena Persidangan Halal Sedunia 2018, Nestlé Malaysia memenangi pengiktirafan ‘Syarikat Halal Antarabangsa Yang Berjaya’ di majlis penyampaian Anugerah Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC). Anugerah ini mengiktiraf kecemerlangan Nestlé dari segi pertumbuhan pesat dan proses perniagaan inovatif, pembangunan produk, kelestarian perusahaan dan kejayaan perniagaan secara keseluruhan dalam menembusi pasaran Halal global.

Kini, Nestlé Malaysia merupakan syarikat pengeluar dan pengeksport produk Halal yang terbesar di Malaysia dan di dunia Nestlé. Nestlé Malaysia juga ialah Pusat Kecemerlangan Halal bagi syarikat Nestlé di seluruh dunia. Di peringkat global, Nestlé mempunyai lebih 150 kilang di seluruh dunia yang mengeluarkan produk Halal di 43 negara dan perniagaan Halal Nestlé Global yang bernilai lebih daripada USD10 bilion.

Nestlé telah mempelopori pengeluaran produk Halal di Malaysia sejak tahun 1970-an, dan telah menubuhkan Jawatankuasa Halal dan menetapkan Dasar Halal Nestlé dari tahun 1980-an. Nestlé Malaysia adalah antara syarikat pertama dalam Industri Makanan dan Minuman Halal di Malaysia yang menerima Sijil Halal daripada JAKIM.

Syarikat kami juga menggunakan pengalaman selama 40 tahun dalam pengeluaran produk Halal untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan dalam usaha meningkatkan keupayaan Halal di kalangan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. Selama hampir 10 tahun, Syarikat bersama dengan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), telah melatih dan mendidik pihak-pihak yang memainkan peranan dalam industri tempatan tentang amalan-amalan Halal yang terbaik menerusi Program Mentor PKS. Sehingga kini, Nestlé telah melatih hampir 700 peserta PKS tempatan.

Nestlé Malaysia juga menyokong para pengilang tempatan untuk mengeluarkan bahan-bahan Halal berdasarkan piawaian dan keperluan Nestlé serta melatih mereka untuk menjadi vendor Nestlé. Ini adalah satu usaha sama dengan HDC.

Usaha Nestlé memperjuangkan Jaminan Halal adalah selaras dengan komitmennya untuk memastikan semua umat Islam dan bukan Islam boleh menikmati makanan berkhasiat dengan ketenangan fikiran.


Nestlé Malaysia wins ‘Successful International Halal Company’ Award 2018

In conjunction with World Halal Conference 2018, Nestlé Malaysia won the ‘Successful International Halal Company’ recognition at the Halal Industry Development Corporation (HDC) Awards. The award recognises Nestlé for its fast growth and innovative business processes, product development, enterprise sustainability and overall business success in penetrating the global Halal market.

Today, Nestlé Malaysia is the biggest Halal Producer and exporter in Malaysia and in the Nestlé world. It is also the Halal Centre of Excellence for Nestlé worldwide. Globally, Nestlé has more than 150 factories worldwide producing Halal products in 43 countries and Nestlé Global Halal business valued at more than USD10 billion.

Nestlé has been pioneering Halal in Malaysia since the 1970s, and has established its Halal Committee and Nestlé Halal Policy from the 1980s. Nestlé Malaysia is one of the first companies in Malaysia’s Food & Beverages industry to receive Halal Certification from JAKIM.

The Company also leverages on its 40 years of experience in Halal manufacturing to share our expertise and knowledge to help build Halal capabilities among small medium enterprises in Malaysia. For close to 10 years, the Company has, together with the Halal Industry Development Corporation, trained and educated local industry players on Halal best practices through the SME Mentoring Programme. To-date, Nestlé has trained close to 700 local SME participants.

Nestlé Malaysia also supports local manufacturers to produce halal ingredients based on Nestlé standards and requirements and groom them to become Nestlé vendors, a joint effort with HDC.

Nestlé’s efforts towards Halal Assurance is in line with its commitment to ensure that all Muslims and non-Muslims can enjoy good food with peace of mind.