Sort by
Sort by

No directive to withdraw MAGGI Noodles – Ministry of Health Malaysia

Back to Press releases
Kuala Lumpur

Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan nasihat kepada Nestlé Malaysia untuk menarik balik produk mi segera MAGGI di pasaran kerana kononnya tidak selamat dimakan yang menjadi viral di laman siber. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkara itu tidak benar dan adalah cerita lama di luar negara yang dihebohkan semula."Itu adalah cerita lama yang berlaku di India, bukannya di Malaysia," katanya menerusi menerusi aplikasi WhatsApp kepada BH, sebentar tadi. Beliau diminta mengulas penyebaran kenyataan di laman siber kononnya kerajaan Malaysia mengeluarkan nasihat kepada Nestlé Malaysia untuk menarik balik semua produk mi segera MAGGI dari pasaran kerana tidak selamat dimakan. Kenyataan itu mendakwa produk berkenaan mengandungi banyak plumbum yang membahayakan kesihatan pengguna dan arahan penarikan balik MAGGI itu kononnya boleh diikuti menerusi berita TV9 pada jam 8 malam ini.

Source: Berita Harian




Related Links: