Sort by
Sort by

Kenyataan Nestlé Malaysia mengenai Penipuan

Kenyataan Nestlé Malaysia mengenai Penipuan
Back to Press releases

Kami telah dimaklumkan tentang Peraduan MILO Ramadan yang menawarkan hadiah wang tunai kepada orang ramai setelah melengkapkan borang soal selidik. Sila ambil perhatian bahawa pesanan ini merupakan penipuan yang bertujuan untuk memperdayakan orang ramai.

Nestlé memandang serius perkara tersebut dan telah melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Jika anda menerima siaran atau pesanan seperti ini, atau mengenali orang lain yang telah menerima pesanan :

JANGAN kongsi siaran tersebut
JANGAN berikan apa-apa maklumat peribadi (contoh: nombor akaun bank)
JANGAN membuat apa-apa bayaran

Sila hanya rujuk laman web rasmi MILO kami untuk peraduan di www.milo.com.my. Jika ragu-ragu atau memerlukan maklumat atau penerangan lanjut, segera hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestlé di www.nestle.com.my/contactus atau 1-800-883-433