Sort results by
Sort results by

Kenyataan Nestlé Malaysia mengenai Penipuan

scam
Back to Press releases

Kami dimaklumkan bahawa terdapat kes di mana orang ramai telah menerima pesanan menerusi SMS atau WhatsApp yang dikatakan daripada Nestlé Malaysia, yang mendakwa bahawa mereka telah memenangi hadiah daripada Nestlé dan/atau jenama kami. Sila ambil perhatian bahawa pesanan sedemikian merupakan penipuan yang bertujuan untuk memperdayakan orang ramai. Para pemenang peraduan akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi, iaitu nombor telefon, pos dll, bukan sahaja WhatsApp.

Notifikasi Skim Penipuan

Nestlé memandang serius perkara tersebut dan telah melaporkan kes berunsur penipuan ini kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

Apakah perlu saya lakukan?

Jika anda menerima pesanan seperti ini, atau mengenali orang lain yang telah menerimanya:

  • JANGAN BERIKAN apa-apa maklumat peribadi (cth. nombor akaun bank.)
  • JANGAN membuat apa-apa bayaran.
 

Siapakah boleh saya hubungi?

Jika ragu-ragu atau memerlukan maklumat atau penerangan lanjut, segera hubungi Pusat Perkhidmatan Pengguna Nestlé di www.nestle.com.my/contactus atau 1-800-883-433.