Sort by
Sort by

#SkuadKebaikanMILO kembali membantu komuniti yang memerlukan menzahirkan tenaga sempena Ramadan

Back to Press releases

Beramal dengan cara yang mudah lagi selamat menerusi komuniti dalam talian

Petaling Jaya, April 5, 2021 - MILO® menggerakkan semula #SkuadKebaikanMILO bagi mendorong rakyat Malaysia berkongsi kebaikan bersama-sama komuniti yang memerlukan sempena bulan Ramadan yang mulia ini. Menerusi kerjasama dengan Shopee untuk tahun kedua, MILO® bertekad meneruskan platform #SkuadKebaikanMILO yang dilancarkan tahun lalu dan menyatukan rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan agar mereka juga memperoleh manfaat kebaikan yang berkhasiat.

#SkuadKebaikanMILO menyediakan cara yang mudah lagi selamat untuk rakyat Malaysia membuat sumbangan kepada masyarakat pada masa yang mencabar ini. Menurut Maria Murni Nur Azmi, Pengurus Pemasaran Pengguna - MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Kami memahami bahawa penjarakan fizikal bukanlah penghalang untuk rakyat Malaysia berbuat baik antara satu sama lain. Justeru, kami membawa kembali #SkuadKebaikanMILO agar rakyat Malaysia dapat terus saling bantumembantu dengan cara yang mudah di samping menjaga keselamatan masing-masing.”

SkuadKebaikanMILO Beramal dengan cara yang mudah

Menerusi #SkuadKebaikanMILO, rakyat Malaysia boleh menyumbang dengan pembelian mana-mana empat pek ‘bundle’ yang mengandungi serbuk MILO® serta produk Nestlé lain yang bernilai RM25, RM55, RM95 dan RM155 setiap satu. Semua pembelian pek ‘bundle’ ini akan didermakan kepada tujuh pertubuhan kebajikan yang menyantuni komuniti B40, warga emas, ibu tunggal dan anak yatim di seluruh negara. Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah Human Aid Selangor, Kuching Food Aid, The Lost Food Project, Malaysian Relief Aid, Food Aid Foundation dan Yayasan Persona, serta penghuni-penghuni Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 di Subang Jaya, Selangor yang terpilih menerusi kerjasama dengan ASTRO.

Selain pek ‘bundle’, bagi setiap pembelian 1 unit produk MILO® yang terpilih menerusi Kedai Dalam Talian Nestlé di Shopee Malaysia, RM1 berupa produk Nestlé yang terpilih turut akan disumbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan yang sama.

Kempen #SkuadKebaikanMILO pada tahun lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang mengalu-alukan usaha ini. “Kami amat menghargai sokongan rakyat – bukan sahaja dari segi sumbangan yang dihulurkan, tetapi juga penghargaan yang diberikan ke atas peranan kami dalam menyatukan komuniti dalam talian. Tahun ini, sedang komuniti-komuniti di seluruh negara bangkit semula dengan ketabahan dan kegigihan, kami ingin terus menyemarakkan usaha #SkuadKebaikanMILO menghulurkan kebaikan yang berkhasiat kepada mereka yang memerlukan untuk menzahirkan tenaga harian, agar kita dapat sama-sama gagah melangkah dengan lebih jauh,” tambah Murni.

Antara rakyat Malaysia yang kembali menyokong #SkuadKebaikanMILO tahun ini termasuklah penghibur tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil. Sokongan beliau bermula pada tahun lalu setelah menyantuni satu keluarga yang terkesan akibat pandemik sehingga tidak mampu membeli MILO® untuk anak-anak mereka. Dengan menggunakan platform peribadinya, Pak Nil bukan sahaja membantu mengumpulkan derma secara dalam talian yang mana semuanya akan dimanfaatkan untuk membeli pek ‘bundle’ #SkuadKebaikanMILO, malahan beliau sendiri akan turun padang untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti yang memerlukan.

Beramal bersama #SkuadKebaikanMILO agar mereka yang memerlukan dapat menzahirkan tenaga harian sepanjang Ramadan. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.milo.com.my/skuadkebaikan-milo. Kempen berlangsung dari 5 April 2021 hingga 10 Mei 2021.


About MILO®

MILO®, the leading nutritious chocolate malt beverage in Malaysia was introduced in 1950 and has been known for its unique taste that Malaysians love. Packed with natural goodness of malt barley, milk and cocoa, enriched with Activ-Go®; a unique blend of 6 vitamins and 3 minerals, MILO® is the most popular beverage in Malaysia and has fuelled generations of champions.

About Nestlé Malaysia

Nestlé is the world’s largest food and beverage manufacturer. Headquartered in Switzerland, Nestlé is present in more than 180 countries around the world, and our 270,000 employees are committed to Nestlé’s purpose of unlocking the power of food to enhance quality of life for everyone, today and for generations to come. Our performance is driven by our Nutrition, Health and Wellness strategy. Nourishing Malaysians since 1912, Nestlé has earned the trust of our consumers through our quality brands and products. We are committed to improving the lives of the communities in which we operate, whilst maintaining our Halal excellence and integrity.

This is in line with our promise of delivering GOOD FOOD, GOOD LIFE to all. To learn more about how we have been nourishing Malaysians for over a century, do visit www.nestle.com.my or our Facebook page at http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.


For more information, please contact:

Zaki Arzmi
Ogilvy Malaysia
Mobile: +6 016 292 2948
E-mail: [email protected]

Eunice Yap
Ogilvy Malaysia
Mobile: +6 018 2854 908
E-mail: [email protected]