Sort by
Sort by

Nestlé Malaysia Statement

Back to Press releases

Reference is made to several stories in the media on the healthfulness of the global Nestlé business portfolio based on a report quoted by Financial Times. Please note that the Financial Times article in question does not refer to the entire scope of the Nestlé global portfolio. The 60% alluded to in that article excludes many important parts of the Nestlé global business that account for about half of the global sales such as infant nutrition, specialized health products, pet food and others. These categories are often strictly regulated.

We believe that our wide portfolio of brands and categories positively contributes to the health and wellness of the communities we serve around the world.

We keep upgrading constantly our products to improve their nutritional profile. All of our products meet the highest quality standards and are also, in Malaysia, HALAL certified. We add in many of our products ingredients such as whole grain, protein, fibers, calcium, vitamins and other micronutrients. We are also constantly acting to reduce sugars and sodium in our existing products when relevant. There are multiple examples of this across all brands and portfolio. We recently have further integrated our offerings with plant-based foods and beverages that are very low in cholesterol and fat content and cater for a growing demand.

Providing a wide set of nutritional choices while promoting sustainable, active and healthy lifestyles is at the heart of our purpose and values. We also believe that a healthy and varied diet can integrate categories like chocolate and other indulgent offerings, when consumed in moderation.

Our direction has not changed and is clear: to make our product portfolio tastier and healthier every day, and always meet the highest quality requirements, in Malaysia and in every corner of the world.


Kenyataan Nestlé Malaysia

Merujuk kepada beberapa rencana media mengenai manfaat kesihatan portfolio perniagaan Nestlé global, berdasarkan sebuah laporan yang dipetik oleh Financial Times. Sila maklum bahawa artikel Financial Times tersebut tidak merujuk kepada keseluruhan skop portfolio global Nestlé. Angka 60% yang disebut di dalam artikel itu tidak termasuk beberapa bahagian penting perniagaan global Nestlé yang meliputi kira-kira separuh daripada jualan global seperti pemakanan bayi, produk kesihatan khusus, makanan haiwan peliharaan dan lain-lain. Kategori-kategori tersebut lazimnya dikawal selia dengan ketat.

Kami percaya bahawa portfolio jenama dan kategori kami yang luas memberikan sumbangan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di semua tempat kami berkhidmat di seluruh dunia.

Kami sentiasa berusaha menaik taraf dan meningkatkan profil khasiat produk pemakanan kami dengan menambah bahan-bahan seperti bijian penuh, serat, kalsium, vitamin dan mikronutrien. Kesemua produk Nestlé memenuhi piawaian kualiti tertinggi dan juga disahkan HALAL di Malaysia. Kami juga telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk sedia ada sekiranya perlu. Terdapat banyak contoh usaha-usaha seperti ini yang dilakukan untuk pelbagai jenama dan portfolio. Baru-baru ini, kami telah menyepadukan tawaran produk-produk kami dengan menyediakan makanan dan minuman berasaskan tumbuhan yang mengandungi kolesterol dan lemak yang rendah bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Menyediakan pilihan pemakanan yang luas sambil menggalakkan gaya hidup yang aktif, sihat dan lestari menjadi tunggak nilai dan tujuan kami. Kami juga percaya bahawa diet yang sihat dan berpelbagai boleh diintegrasi dalam kategori seperti coklat dan produk kudapan lazat lain apabila diambil dengan kadar sederhana.

Hala tuju kami tidak berubah dan kekal jelas: untuk menjadikan portfolio produk kami lebih lazat dan lebih sihat setiap hari, serta sentiasa memenuhi syarat-syarat kualiti yang tertinggi di Malaysia dan di seluruh pelosok dunia.


雀巢大马文告

此文告是针对《金融时报》引述关于雀巢全球食品健康报告的数篇新闻报道,作出回 应。我方撰写此文告澄清《金融时报》文章所提及并不代表雀巢全球业务组合范围。 文章中所提及的 60%业务不包括雀巢占全球近半销售额的重要业务,例如婴儿营养 片、专业保健品、宠物食品等。这些类别都受到严格监管。

我方坚信本公司广泛的品牌及类别组合为全球服务的社区的健康和福祉带来正面贡 献。

我方不断提升产品和改善其营养配方。我方所有产品皆达到高品质标准,且受马来西 亚清真认证。我方在本公司产品添加许多成分,包括全谷物、蛋白质、纤维、钙、维 他命和其他微量营养素。我方也持续减少相关产品的糖分和钠。我方各大品牌和产品 组合都已作出相关改进。我方近期将通过推出低胆固醇及低脂肪含量的植物性食品和 饮料进一步扩大产品类别,以满足不断增长的需求。

提供广泛的营养选择,同时促进可持续、积极和健康的生活方式是我方宗旨和价值观 核心。我方也相信健康多样的饮食,在适当的进食下可涵括巧克力和其他放纵食品。

我方方向未曾改变并明确:让我们的产品组合每天更美味、更健康,并达到马来西亚 和世界各个角落的最高品质标准。