Senarai nutrien.Senarai ini menunjukkan jumlah tenaga, karbohidrat, protein dan lemak yang terkandung dalam sesuatu produk. Kadang-kala, vitamin dan mineral turut dinyatakan. Senarai ini membantu anda membuat perbandingan kandungan nutrien di antara dua atau lebih produk. |
Jumlah nutrien bagi setiap 100g. Ia menunjukkan jumlah tenaga dan nutrien yang terkandung dalam setiap 100g (atau 100ml untuk minuman) produk itu. Gunakan maklumat ini untuk membuat perbandingan di antara produk-produk. Menurut NIP yang terpapar, anda akan memperoleh 11mg zat besi daripada 100g NESTUM Fruits. |
|
 |
Saiz hidangan. Pertama, semak saiz hidangan dan jumlah hidangan daripada satu pek produk yang tersenarai dalam Panel Maklumat Pemakanan (NIP). |
Jumlah nutrien bagi setiap hidangan. Ia menunjukkan jumlah tenaga dan nutrien yang terkandung dalam setiap hidangan produk. Maklumat ini boleh digunakan untuk membantu anda merancang hidangan makanan harian anda. Menurut NIP, anda akan memperoleh 3.1mg zat besi daripada satu hidangan (28g) NESTUM Fruits. |
|